JOM JENGAH!!

Monday, October 20, 2014

Masalah KEPUTIHAN dan SOLAT

Permasalahan kali ini adalah berkaitan dengan fikah wanita. Hasil tulisan ini adalah melalui pemahaman admin melalui pembacaan pelbagai sumber. Dari pemahaman ustad/ustazah ke ahli medik.

Dalam Islam, keputihan dikenali sbg wadii( ejaan agak berbeza bg sesetengah tulisan). Secara fizikal ia kelihatan kental berwarna putih. Ada juga yang berwarna hijau atau kuning. Jika berwarna tersebut, ia telah berlaku jangkitan..boleh rujuk post sblm ini mengenai keputihan. Admin yakin..para wanita kenal apa itu keputihan yang mana ia keluar adalah selain daripada waktu haid seseorang. Kebiasaanya keluar selepas membuang air kecil dan ade juga keluar tanpa sedar.

Perhatian penting perlu diambil kerana keputihan dikategorikan sebagai najis. Najis membatalkan wuduk dan membawa kepada batalnya solat. Jaga2 para muslimah. Sekiranya ia terkena pada seluar dalam atau pakaian, ia perlu dicuci dahulu sblm sah dibawa solat.

Menurut imam Syafie, dlm konteks ini ia adalah najis apabila sesuatu keluar drpd bahagian intim wanita (vagina) seperti haid, istihadah, kencing dan keputihan. Apabila sesuatu keluar diluar vagina, ia tidak termasuk sbg najis.

Islam yang terkenal sbg agama yang tidak membebankan umatnya. Terdapat rukhsah atau keringanan dalam hal ini pada wanita yang mengalami keputihan secara berterusan. Hukumnya sama seperti istihadah. Wanita dlm golongan ini tidak perlu mencuci seluar dlm atau pakaian yang terkena keputihan tadi. Namun cara plg afdal adalah bersuci dahulu seperti mencuci bahagian intim dan berwuduk setiap kali sblm solat. Ada yang berpendapat, golongan wanita ini perlu berhati2 ketika solat berjemaah. Ini dikhuatiri pakaian yang tercemar oleh keputihan tadi terkena pakaian jemaah lain dan ia merisikokan solat jemaah lain terbatal. Wallahualam. Pendapat admin, alasan ini tidak perlu dijadikan halangan bg wanita golongan ini untuk tidak solat berjemaah. Solat berjemaah besar pahalanya berbanding solat sendiri. Apa yang boleh dibuat adalah berhati hati.

Apa yang boleh dilakukan oleh wanita yang mempunyai masalah keputihan ini??.. Pertamanya, sentiasa menjaga bahagian intim bagi mengelakkan keputihan dan jangkitan. Cari penawar agar anda tidak was2 dlm ibadah dan memberi keselesaan dalam aktivit seharian. Keduanya, bagi wanita yang mengalami keputihan berterusan, boleh menggunakan pantyliner. Apabila mahu solat, tukar pantyliner dan berwuduk seperti biasa. Ya, pantyliner mmg agak mahal kosnya. Pastinya tiada apa yang menandingi selain seruan Allah pada kita umatnya. Jika mahu jimat, teruskan mencari penawar kepada masalah keputihan anda.

Analisis diri anda. Adakah anda tergolong dlm wanita dikalangan ini??..Jangan pandang sebelah mata pada keputihan..Nampak mudah tp penting. Selamat menjaga kesihatan dan kecantikan kaum wanita :)