JOM JENGAH!!

Tuesday, September 8, 2015

Keputihan ketika hamil...

Apakah keputihan semasa mengandung yang normal?

Leukorrhea ialah lelehan keputihan yang nipis dan kurang berbau dari kemaluan. Leukorrhea adalah normal semasa hamil dan tidak perlu dibimbangkan. Hormon Estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan merangsang selaput lendir badan iaitu Leukorrhea semasa hamil. Ia melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat dalam faraj.

Apakah keputihan semasa mengandung yang tidak normal?

Jika keputihan semasa mengandung berwarna hijau atau kekuningan, berbau kuat dan/atau disertai oleh kemerahan atau kegatalan, kemungkinan anda mempunyai jangkitan faraj. Salah satu jangkitan faraj yang paling biasa semasa mengandung ialah Candidiasis, juga dikenali sebagai jangkitan yeast. Jangkitan ini mudah dirawat oleh doktor anda. Satu lagi punca lelehan keputihan semasa mengandung yang tidak normal disebabkan oleh STD (sexually transmitted disease).

Cara mengatasi masalah keputihan semasa mengandung:-

Jika anda mempunyai masalah keputihan semasa mengandung

Anda tidak seharusnya:


  • Menggunakan tampon ( ini akan memperkenalkan bakteria baru ke dalam faraj).



  • Membasuh kemaluan dengan sabun ( ini boleh mengganggu keseimbangan flora bakteria yang normal, menjejaskan pH dan membawa kepada jangkitan faraj).



  • Menganggapnya sebagai jangkitan faraj dan cuba merawatinya.


Anda harus :


  • Gunakan pads ataupun panty liners yang boleh membawa keselesaan untuk anda.



  • Pastikan kemaluan anda sentiasa bersih dan kering untuk mencegah bau yang tidak menyenangkan.



  • Jumpa doktor anda sekiranya terdapat perubahan lelehan keputihan yang tidak normal.


Yep feminine wash, masker vagina dan intim gel boleh digunakan ketika mengandung dan memang berkesan mengawal keputihan, bau xsedap dan kegatalan.








Untuk mendapatkan rundingan percuma dan membeli produk asli dan terbaik keluaran Jamu Susuk Dara, hubungi saya melalui call, sms, whatsapp,telegram di

013-3270201

atau

FB : Noorain Zaaba

atau

FB page : JSD- Rahsia Menawan


No comments:

Post a Comment